Sabtu, 19 Disember 2009

Khamis, 3 Disember 2009

Jumaat, 6 November 2009

Jabal Uhud (Makam Para Shuhada)


Makam Para Shuhada

Jabal Uhud(atas)
Bukit Pemanah (bawah)
Jabal uhud adalah nama sebuah bukit terbesar di Madinah.Letaknya kurang lebih 5 km dari pusat kota Madinah,berada di pinggir jalan lama Madinah-Makkah. Jabal Uhud adalah sekelompok gunung yang ada di kota Madinah dan tidak bersambungan dengan gunung-gunung yang lain

Ahad, 1 November 2009

Terjun Longkang




Tak tau macam mane boleh terjadi.........di katakan kepunyaan student U di sekitar Sri Iskandar... Dan sepasang kekasih......

Khamis, 29 Oktober 2009

Masjid Quba








Berdasarkan fakta pembinaannya,masjid ini telah disebut oleh Alah s.w.t di dalam Al-Quran(surah al-Taubah ayat 108 dan 109) sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa. Semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah,Rasulullah s.a.w telah singgah di Quba selama 4 hari. Baginda tidak akan tinggal di satu-satu tempat itu,kecuali dengan mendirikan masjid. Atas dasar itulah maka masjid Quba telah dibangunkan atas dasar Taqwa baginda kepada Allah s.w.t. Semasa hayatnya,Nabi Muhammad s.a.w kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a ‘sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berkunjung ke Masjid Quba dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menziarahi Masjid Quba pada setiap hari sabtu dengan menaiki tunggangannya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi: ‘sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah.