DiMadinah kenderaan tidak boleh diletakkan ditepi jalan. Polis sentiasa memerhati keadaan lalulintas disekitar jalan di Madinah. Apabila sesebuah kereta didapati parking ditepi2 jalan, saman akan dikeluarkan, kereta pula akan ditarik dengan toll trak.
MADINAH Al-Munawwarah merupakan kota suci kedua Islam selepas Makkah Al-Mukarramah. Terletak di sebelah utara kota Makkah. Ia berada di atas ketinggian 625 meter dari paras laut.
Batas Tanah suci Madinah adalah di antara Jabal 'Iyr di sebelah selatan dan Jabal Thawr di sebelah utara. Jaraknya lebih kurang 16 kilometer. Di sebelah timur dan barat disempadani dengan dua batuan hitam dipanggil Harrah Syarqiah dan Harrah Gharbiyah.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan